L.I.F.E. :: J.O.U.R.N.E.Y.

L.I.F.E. :: J.O.U.R.N.E.Y.

Monday 28 October 2013

Unsatisfaction

UNSATISFACTION~

Sebenarnya, dengan adanya laman-laman sosial skarang ni, baru la kita kenal/tahu siapa kenalan kita. Kadang-kadang kita tengok dia tu diam je kat opis, tapi skali kluar status mak aiii...berapi!! Apatah lagi kalau yang dah seropa naga kalau jumpa (ahkak letteewwww), bayangkan mcmn agaknya kalau skali dia post status ya..huk aloh..

Tapi ni la yang kita gelar mencari kepuasan dan menyatakan ketidakpuasan. Komen atau feedback 'menesia-menesia' lain tak penting, yang penting 'derang' dan menyatakan apa yang terbuku di hati. Yelah, dalam hidup ni, kita ada laluan yang cukup terhad untuk express puas hati ke tak sama ada, boleh atau tidak, berani atau tak, mampu atau tak, diterima atau tak..ye ke tidak? Jadi, type type type enter! haaa ambik kau!!! nak sangat katanya! agak2 menyesal, delete. Peduli hapa org nak terasa ke tak janji 'derang' puas hati. 

Jika dikaitkan dengan isu semasa contohnya kenaikan harga gula dan minyak recently, pun guna media sosial untuk luahkan segala ilmu ekonomi, politik, sosial, sejarah, matematik, bahasa mandarin (ada kaitan ke?) di dada..semua nak bagi pendapat masing-masing..mengharapkan sokongan dan LIKES! Fitrah manusia satu dunia apabila ada dan terlibat dalam laman-laman sosial ni! 

Jadi, bagi aku la, mmg wall kita hak kita, kita yang punya. Kita boleh nak suarakan almost apa saja yang kita nak. Cuma kalau boleh (ni pesan kat diri sendiri jugak ni), be WISE. Jangan tunjukkan KUKURENGAN kita untuk diambil kesempatan oleh orang lain. Sebab, kita kdg2 lupa siapa yang ada dlm friends list kita tu. Dan, org yang dalam friends list kwn kita pun boleh access apa yang kita express sekiranya kwn kita tadi like or komen pada status kita. Jangan sampai membawa padah. 


Antara Laman Media Sosial!!!
Kat sini aku nak share lah contoh karakter2 yang selalu ada kat laman-laman sosial:

  • Golongan 1: golongan ni mmg berapi luar dalam, atas bawah, pagi petang, siang malam, bila naik status sikit punya segala @*#!%& kluar, tapi bila dipanggil berhadapan, terus menikus, jadi baik, terus no issue. erkkk~
  • Golongan 2: dia terlambat hupdate status pasal issue yang sedang panas dibincangkan, sekali dia buat status 'tak perlula nak tunjuk pandai bla bla bla..'..errr tapi kan, rasanya taun lepas dia pun ada buat sinopsis untuk issue yang sama..erkkk lagi~
  • Golongan 3: dia xde dan x berminat tentang satu2 produk ni, tapi org lain sibuk hupdate status ttg produk ni, dia komplen dan membuat hasutan tentang produk ni seolah-olah apa yg org lain buat tu salah sama skali. erkkk lagi dan lagi~
  • Golongan 4: purak2 pengsan dengan karakter baik nak mampuih kunun mcm dia hidup dalam media sosial saja. x wujud dalam realiti. errrrrkkkkkkkkk~
  • Golongan 5: kalau jumpa pijak kuman pun x mati, tapi bila hupdate status mang aiiiiii.....biso bonarrr...errrrrrkkkkkkkk~
  • Golongan 6: hupdate gambo makan pagi, tengahari, petang, mlm, supper, chikedes, mcd, burger king, subway, diet (eh! mcm aku jerkkk..)..errrkkkkkkkk~
  • Golongan 7: golongan keyboard warrior perang politik
  • Golongan 8: golongan business (errr...ahkak lagi!!)
  • Golongan 9: cerita kisah hidup, rumahtangga, dlm selimut bla bla bla..
  • Golongan 10: hupdate vacation. bila tak p vacation, x penah hupdate pun! wakakakaka...lariiikkkkk...
  • Golongan 11: selfie, camwhore, perasan cantik, ensem dan yang sewaktu dengannya (errr...pernah x eh akak buat? wakakaka..*krik krik*krik krik*
  • Golongan 12: post video tentang mcm2..baguih2..rajin dok ada..
  • Golongan 13: post semua gambar yg ada dlm camera. mentang-mentang la ni kamera x pakai pilem dah.
  • Golongan 14: mewujudkan segala page yang boleh dibuat. 
  • Golongan 15: STALKER!!! dok diam2 like x apa pun x..perati org..
  • Golongan 16: suka tengok kalau org hentam-menghentami (ada ke perkataan ni), cth laki dia hentam bini dia..padahai depa gurau ja..(jaga hang balik satni..hahahaha)
  • Golongan 17: nasihat-menasihati, ingat-mengingati (yang ni plg baik dan perlu dicontohi)
Hehehe..Suka-suki je ye uolsz..Aku pun byk dalam golongan2 di atas (err..mohon terasa)..ni la sebahagian hiburan masa kini dlm hidup yang penuh pancaroba ni..hukhhuk..apapun, kita cuba menjadi waras, rasional dan yang sewaktu dengannya when it comes to this kinda situation. Sebagai Muslim, kita tetap perlu sentiasa kembali kepadaNya (selalu la aku pun lalai). Tempat mengadu yang sebaiknya adalah Allah swt. So...Keep CALM and keep posting hokeh!!!

Cherio

Big Love,
Jay

Sunday 27 October 2013

J.A.Y.I.A.M.

J.A.Y.I.A.M.~

Baru nak sambung kerojer dah diganggu oleh jiran sebelah yang sedang 'partayyyyy'..nasib2.. Anyway, sementara menunggu diorang penat, meh la kita sambung cerita ceriti kat brand new blog aku ni..ermm..musti ada yang konpius or tertanya-tanya or termimpi-mimpi (nmpk sgt tipu) or tercari-cari (sapa la yg rajin sgt tu kan) dgn tajuk bosar blog aku ni ~J.AY.I.A.M. tu lah...apa bondo eh? mcmn nak sobut? kono sampuk ko den ni dah bunyi nogori lak..? *krik krik..krik krik..*

Well, sebutnya begini ye kawan-kawan..JAY-I-AM..bukan JAYIAM atau JA-YIAM atau JAY-IAM atau JAYI-AM atau JAYIA-M (sama skali bukan ayam) atau tak bunyi-bunyi bila cuba sebut (ha yang ni kena p check)..hehehe..JAY stands for the first letter of my name that is J (commercialize la sket-kata retis)..yg lain tu gimmick la kan..konon catchy..hehek..

Aku skang tgh sambung belajo (Alhamdulillah)..doakan kejayaan aku ye kwn2..InshaaAllah akan habih taun 2015 (kita hanya merancang, Allah jua Yang Menentukan)..Aku pasti banyak org asal belajo jer buat blog, asal buat blog je belajo..hehehe..tapi ni lah antara medium yang boleh digunakan untuk menceritakan pengalaman seseorang tu yang inshaaAllah boleh dikongsi untuk kegunaan atau pengetahuan oleh kwn2 yang membaca..

Aku dah lama sbnrnya minat sgt nak berblog sbb ada la musim2 minat menulis-buktinya subjek Penulisan dpt A masa UPSR ;)..hahaha..gelak laa gelak laa..:p..inspired jugak bila tgk perkongsian bloggers lain especially yang pandai menghias blog dan kreatif dlm menulis. At least bakat terendam diorang sometimes mendapat pengiktirafan, Alhamdulillah. So, rasanya dah sampai masa aku pulak kot nak mencuba..sebokkk je kannnn..;)

Oklah, nmpknya jiran aku dah baca agaknya rintihan aku kat sini (aikk? belum publish dah tau??), diorang dah slow down the music. So, better get back to work now! 2015...2015..2015..2015..ZZZzzzZZZzz..eh?!!


JAY-I-AM


Cherio

Big Love,
Jay




Saturday 26 October 2013

Emosi

EMOSI~

I am well-known among families and friends as an emotional kinda person (jangan la lariiikkk lagi!!!! baca dulu k..). I won't deny the fact that I am emotional. From extreme to extreme! Apa tu? Extreme to extreme means aku akan sedih, suka, marah, dan perkara-perkara lain dalam kategori perasaan, dgn cepat dan dalam keadaan yang extreme (bukan sikit-sikit hokkey..x main..betingkek-tingkek!!) ;)

Dalam hidup aku yang 'baru' (ehem) mencecah 30-an, aku dah jumpa quite a lot of people dengan pelbagai emosi. Even dlm family kita sendiri pun kan uolsz, ada pelbagai emosi yang ditemui dalam masa sehari. Aku harap aku sentiasa sedar dan memperbaiki emosi yang tak ok from time to time (muhasabah-muhasawarak la kita masing-masing ye guys..)

Anyway, what normally makes an emotion goes up, down, left, right, don't kona2? For me, there are factors that make my emotion flying up and down extremely!
  • Apabila berkomunikasi, biasanya reaksi pihak yang lagi satu akan meyumbang kepada emosi yang baik atau buruk.
  • Apabila berlaku ketidakstabilan dalam hormon.
  • Apabila terdapat perkara yang tidak dilepaskan di dalam kepala a.k.a. masalah yang tidak dapat dikongsi atau diselesaikan.

(After all, I'm a human)

Sebagai manusia, selagi kita belum perlu duduk bawah tempurung atau di dalam gua bahkan reban ayam sekalipun (mula la tu..), dlm erti kata lain, kita masih memerlukan sesama manusia di dalam kehidupan, emosi ini akan sentiasa memainkan peranan utama di dalam kehidupan.

Sebagai Muslim, cara terbaik untuk mengatasi emosi yang tidak baik adalah beristighfar, mengambil wuduk, solat sunat, membaca Al-Quran dan muhasabah diri. Apa yang terbaik adalah, belajar untuk hormati emosi dan perasaan manusia lain kerana kita semua mempunyai kelemahan tersendiri. Semoga kita semua dihindari dari hasutan syaitanirrajim dan sekutunya yang bersarang di dalam hati.



Cherio

Big Love,
Jay

Friday 25 October 2013

Mari Bercerita

MARI BERCERITA~

Hi everybody..biasa aa kann..baru2 bukak blog..feeling2 rajin la menulis katanya..lama2 besawang berabuk jugak mcm blog2 lain..ooppss..xmo terasa pls..Aku kata kat diri sendiri.. ;)

Anyway, happy weekends uolsz..apa plan weekend ni? jenjalan ke mana? kepada yang dok rumah mengemas, syabas dan tahniah diucapkan kerana memberi semangat kpd aku utk buat benda yg sama (cover keja seminggu hokeh!)..hikhik..kpd yg g jenjalan kerr..honeymoon kerr..selamat la semuanya harapnya yerr...dah double r puloks!

BTW, gambo smlm tu yg captionnya mmg ke laut (gambo pun gambo laut) adalah Cliffs of Moher, terletak di bumi Allah County Galway, Ireland. Kita tunjuk balik ye?

Cliffs of Moher, Co. Galway, Ireland
Walaupun xde kena ngena ngan intro smlm, tp ttp ada kena ngena ngan hidup aku..apa kaitan? kita citer lagi nnt..hehek..getix! Biar la saspen sket kan..(saspen kerrrr?)

Banyak lagi gmbr2 kat sini..kita preview sket kat bwh ni cuci2 mata yer..




Keistimewaan tempat ni adalah cliffs (tebing) tu la yang terbentuk sebegitu rupa disebabkan oleh fenomena alam semulajadi..tempat ni mmg main attraction utk tourist yg dtg Ireland. Jemput la dtg ye..I tunggu hokehh..

Salam jumpa lagi InshaaAllah..take care..

Cherio

Big Love,
Jay


Intro

INTRO~

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera (nak tulis surat ke hape ni?)

Formal la sket kan memula nak perkenalkan diri. Almaklum this is going to be my first post..yeayy!!! (jakun sangat..hakhak)..

Aku menulis ikut musim, so maksudnya apa murid2??? mood swing??? big no-no!!! mood driven??? ermm maybe yes..!!! so,
Aku nak buat disclaimer siap2 untuk sesapa yg ada sakit jantung or besalin awal or sakit2 yang sewaktu dengannya, anda diminta membaca doa sewajarnya sebelum menelaah blog ini..*gurau je pls!!

As I said before, aku menulis ikut mood, so aku rasa post2 aku akan lebih kepada benda2 yang aku suka buat hari2 contohnya makan..eh silap..masak..(hakhak coverina sangat!!!), masak dan masak. Kdg2 aku suka juga capture gambo2 ala2 professional (wpun pegang camera pun x brp betul!!)..

So, selamat berkenalan lah aku ucapkan kepada blogger2 dan follower2 sekalian... (ada kerrrr? fefeeling sangat!!).. Semoga apa yang aku share dlm ni akan mendtgkan at least 1% manfaat atau hiburan atau maklumat atau idea atau itu atau ini atau whateva!!! kepada semua yang menonton (wah dah mcm montaj iklan kau)..

*Disclaimer lagi: Blog ini akan menggunakan bahasa campuran. Jadi xmo complain. No-No!! <pergh ayat mcm xmo followers jerrr>

Cherio

Big Love,
Jay

Ada kena mengena ke gambo ni ngan intro? ahakz..nnt aku citer pasal gambo ni yerr.. ;)