L.I.F.E. :: J.O.U.R.N.E.Y.

L.I.F.E. :: J.O.U.R.N.E.Y.

Wednesday 13 November 2013

Makhluk Perosak

MAKHLUK PEROSAK

Ayah aku mmg label aku ni sebagai makhluk perosak/suka bagi hilang benda.
Buktinya seawal umoq aku 2-3 taun aku dah tarik tv bagi jatuh dah bagi tinggai satu titik bulat saja kat tgh2 skrin tv tu. selebihnya aku x ingat aku kena tibai ke x.
Aku selalu bagi koyak beg sekolah dan mintak beli yang baru.
Bagi hilang pensel dan 'pow' alatulis ayah aku. err mintak ampun ayah.
Aku jugak pernah bagi rosak kamera, bagi hilang walkman kat library.
Bagi tumpah ayaq atas keyboard laptop yang berusia sebulan (masa degree)..member yg buat sbnrnya..hukhukhuk..
Bagi accident keta ayah aku smp pecah apabenda ntah kat bahagian enjin..aiyooo..banyak kena bayaq ganti rugi kat ayah aku ni.
Aku rasa mcm banyak je, mcm banyak je lagi yang aku dah tak berapa ingat.

Sekarang ni bila dah ada harta sendiri, barulah aku reti nak value bukan senang sbnrnya nak dptkan satu2 benda..Alhamdulillah, aku dah ganti beberapa brg berharga yg aku pernah rosakkan dengan perkara-perkara yang diingini oleh ayah aku and inshaaAllah semoga aku terus dimurahkan rezeki untuk ganti lagi yang lain2.
Huwaaa..sedih pulak bila ingat susah payah ayah aku nak dptkan benda2 tu dulu..

Terima kasih jugak kat mak sbb banyak spent masa aku masuk matrix dulu. Aku tau mak aku excited sbb anak sulung dia dah melangkah selangkah kaki ke universiti masa tu. Nanti aku akan cuba sedaya upaya ganti balik penat jerih depa untuk aku inshaaAllah (walaupun tau tidak termampu sbnrnya)..Sesungguhnya perngorbanan mak ayah tiada tolok bandingnya yer anak2 sekalian..:(

Love and miss you Mak Ayah..XOXO!!!!

Cherio

Big Love
Jay

Monday 4 November 2013

Nasi Lemak

NASI LEMAK (toksah dok kona)




Aku minat bisnes. Maybe sebab family aku (sebelah mak) keturunan berniaga (kecil-kecilan). Minat aku pulak lebih kepada kepuasan diri sebab org lain atau pelanggan sukakan benda yang aku suka atau makan. Bukan nak untung banyak mana sgt pun. So, to get started, masa darjah 6, aku 'berniaga' (sebab tanpa niat) nasik lemak.

Ceritanya bermula begini...

Pada suatu hari (cliche sgt!)..aku bawak bekal nasik lemak ni ke sekolah. Sebenarnya nasik lemak ni bukan mak aku yang buat. Ada makcik berniaga betul2 tepi rumah aku. So, senang la aku kan. Nasik lemak makcik ni (aku kata jgn kona..err sapa yg kona ni..*krik krik*krik krik*) memang sedap. Sambal merah, pedas, cukup rasa dan banyak dengan harga waktu tu 30sen.

Pendek kata, selang sehari atau hari-hari aku akan bawa bekal nasik lemak makcik ni. So, kwn-kwn sekolah aku ramai yang terpikat dengan aroma daun pisang dan rasanya yang sedap tu. Maka, ramai-ramailah kirim kat aku. Mula-mula dlm 10 org lepas tu makin ramai makin ramai smp satu masa lebih 50 bungkus pun ada. Order bukan dari kelas aku je..dari kelas-kelas lain pun ada..bukan setakat student, cikgu dan akhirnya Guru Besar pun order habaq hg...!

Nak jadi cerita, bila dah terlampau banyak org makan nasik lemak ni, org kantin sudah tau dan nak jumpa aku. Aku yang innocent ni (masa tu la..tp skarang pun innocent jugak..lol) pun p la jumpa..sekali makcik tu lecture kat aku..agak marah jugak sebab mcm potong jalan diorang..aku pun apa lagi..nangis la (emo kan..budak pulak tu..mana reti lawan)..lepas tu aku mcm sentop sbb kena marah, terus xnak bwk dah nasik lemak tu.

Yela, niat aku mulia apa nak tolong bwkkan nasik lemak untuk kwn2. Aku x ambik untung pun. Makcik tu just kasik upah kat aku. Bygkan punya banyak tu kdg2 dua plastik besar heret p sekolah. Dah la naik bas sekolah. Korang x kesian ke wei? Sedih pls. Tapi mungkin ada hikmahnya bila kita berniat baik kan walaupun ada dugaan. Alhamdulillah, aku dapat semua A (masa tu 4A) masa UPSR. 

So, moral of the story, kalau boleh bila kita berniaga atau buat apa sekalipun, jangan iri hati atau berniat buruk dengan org lain yang turut berniaga atau buat perkara yang sama. Percayalah, rezeki itu datang dari Allah swt. Semoga kita semua terus dimurahkan rezeki olehNya dan dikurniakan rezeki yang HALAL hendaknya. Ameen..:)


Yang ni aku masak okey! ;)


Cherio

Big Love,
Jay

Friday 1 November 2013

F.R.I.E.N.D.

F.R.I.E.N.D.

Seorang sahabat ingin bertanya pendapat aku yang tak pernah lebih dari orang lain. Tapi, aku cuba bagitau apa yang ada dalam pengetahuan aku, inshaaAllah.

"Jay, aku nak further gak la"

"Why not" aku kata

Takdak yang mustahil dalam dunia ni.

"Tapi aku takut la wei"

"Memang sebelum nak buat satu benda yang boleh ubah hidup kita, takut tu mesti ada. Tapi benda baik elok diteruskan"

Aku cakap seumpama aku dah dapat PhD dengan distinction.

"Thank you Jay"

"No problem fren. After all, what friends are for kan"

"Aku sebak Jay"

"Aku pun"

Tu kelemahan aku. Emosi.

Tapi itulah namanya sahabat. Sahabat yang mengenali siapa aku. Dengan org yang bernama sahabat saja aku boleh cakap mcm ni. Kalau kawan hi-hi bye-bye memang tak akan dapat jumpa aku yang sebenar.

Terima kasih siapa saja yang bergelar sahabat aku dan sudi menganggap aku sebagai sahabat. Yang cuba 'mendalami' aku walaupun mula-mula kenal aku dengan gelaran 'mak tiri', 'singa betina', 'pompuan emo' dan sebagainya. Emosi lagi.



Arrghhh sudah-sudah. Toksah dok emo maghrib-maghrib ni. Solat.

Cherio

Big Love,
Jay