L.I.F.E. :: J.O.U.R.N.E.Y.

L.I.F.E. :: J.O.U.R.N.E.Y.

Wednesday 13 November 2013

Makhluk Perosak

MAKHLUK PEROSAK

Ayah aku mmg label aku ni sebagai makhluk perosak/suka bagi hilang benda.
Buktinya seawal umoq aku 2-3 taun aku dah tarik tv bagi jatuh dah bagi tinggai satu titik bulat saja kat tgh2 skrin tv tu. selebihnya aku x ingat aku kena tibai ke x.
Aku selalu bagi koyak beg sekolah dan mintak beli yang baru.
Bagi hilang pensel dan 'pow' alatulis ayah aku. err mintak ampun ayah.
Aku jugak pernah bagi rosak kamera, bagi hilang walkman kat library.
Bagi tumpah ayaq atas keyboard laptop yang berusia sebulan (masa degree)..member yg buat sbnrnya..hukhukhuk..
Bagi accident keta ayah aku smp pecah apabenda ntah kat bahagian enjin..aiyooo..banyak kena bayaq ganti rugi kat ayah aku ni.
Aku rasa mcm banyak je, mcm banyak je lagi yang aku dah tak berapa ingat.

Sekarang ni bila dah ada harta sendiri, barulah aku reti nak value bukan senang sbnrnya nak dptkan satu2 benda..Alhamdulillah, aku dah ganti beberapa brg berharga yg aku pernah rosakkan dengan perkara-perkara yang diingini oleh ayah aku and inshaaAllah semoga aku terus dimurahkan rezeki untuk ganti lagi yang lain2.
Huwaaa..sedih pulak bila ingat susah payah ayah aku nak dptkan benda2 tu dulu..

Terima kasih jugak kat mak sbb banyak spent masa aku masuk matrix dulu. Aku tau mak aku excited sbb anak sulung dia dah melangkah selangkah kaki ke universiti masa tu. Nanti aku akan cuba sedaya upaya ganti balik penat jerih depa untuk aku inshaaAllah (walaupun tau tidak termampu sbnrnya)..Sesungguhnya perngorbanan mak ayah tiada tolok bandingnya yer anak2 sekalian..:(

Love and miss you Mak Ayah..XOXO!!!!

Cherio

Big Love
Jay

No comments:

Post a Comment