L.I.F.E. :: J.O.U.R.N.E.Y.

L.I.F.E. :: J.O.U.R.N.E.Y.

Monday 4 November 2013

Nasi Lemak

NASI LEMAK (toksah dok kona)




Aku minat bisnes. Maybe sebab family aku (sebelah mak) keturunan berniaga (kecil-kecilan). Minat aku pulak lebih kepada kepuasan diri sebab org lain atau pelanggan sukakan benda yang aku suka atau makan. Bukan nak untung banyak mana sgt pun. So, to get started, masa darjah 6, aku 'berniaga' (sebab tanpa niat) nasik lemak.

Ceritanya bermula begini...

Pada suatu hari (cliche sgt!)..aku bawak bekal nasik lemak ni ke sekolah. Sebenarnya nasik lemak ni bukan mak aku yang buat. Ada makcik berniaga betul2 tepi rumah aku. So, senang la aku kan. Nasik lemak makcik ni (aku kata jgn kona..err sapa yg kona ni..*krik krik*krik krik*) memang sedap. Sambal merah, pedas, cukup rasa dan banyak dengan harga waktu tu 30sen.

Pendek kata, selang sehari atau hari-hari aku akan bawa bekal nasik lemak makcik ni. So, kwn-kwn sekolah aku ramai yang terpikat dengan aroma daun pisang dan rasanya yang sedap tu. Maka, ramai-ramailah kirim kat aku. Mula-mula dlm 10 org lepas tu makin ramai makin ramai smp satu masa lebih 50 bungkus pun ada. Order bukan dari kelas aku je..dari kelas-kelas lain pun ada..bukan setakat student, cikgu dan akhirnya Guru Besar pun order habaq hg...!

Nak jadi cerita, bila dah terlampau banyak org makan nasik lemak ni, org kantin sudah tau dan nak jumpa aku. Aku yang innocent ni (masa tu la..tp skarang pun innocent jugak..lol) pun p la jumpa..sekali makcik tu lecture kat aku..agak marah jugak sebab mcm potong jalan diorang..aku pun apa lagi..nangis la (emo kan..budak pulak tu..mana reti lawan)..lepas tu aku mcm sentop sbb kena marah, terus xnak bwk dah nasik lemak tu.

Yela, niat aku mulia apa nak tolong bwkkan nasik lemak untuk kwn2. Aku x ambik untung pun. Makcik tu just kasik upah kat aku. Bygkan punya banyak tu kdg2 dua plastik besar heret p sekolah. Dah la naik bas sekolah. Korang x kesian ke wei? Sedih pls. Tapi mungkin ada hikmahnya bila kita berniat baik kan walaupun ada dugaan. Alhamdulillah, aku dapat semua A (masa tu 4A) masa UPSR. 

So, moral of the story, kalau boleh bila kita berniaga atau buat apa sekalipun, jangan iri hati atau berniat buruk dengan org lain yang turut berniaga atau buat perkara yang sama. Percayalah, rezeki itu datang dari Allah swt. Semoga kita semua terus dimurahkan rezeki olehNya dan dikurniakan rezeki yang HALAL hendaknya. Ameen..:)


Yang ni aku masak okey! ;)


Cherio

Big Love,
Jay

No comments:

Post a Comment